
Oleh:Faiz Aizat Azali
Pakar cukai menyambut baik keputusan kerajaan untuk menangguhkan cukai jualan 10% ke atas barangan bernilai rendah (LVG) yang sepatutnya berkuat kuasa 1 April ini. Ini kerana situasi ekonomi belum pulih sepenuh-nya dengan pengguna terkesan dengan tekanan kos sara hidup tinggi, ketika ini.
Bagaimanapun Pengarah Eksekutif, Deloitte Tax Service, Mohd Fariz Mohd Faruk mengakui cukai LVG ini satu inisiatif yang bagi untuk peluaskan kutipan cukai kepada segmen lebih luas selain mewujudkan persekitaran lebih adil kerana barangan peniaga luar negara atas talian tidak dikenakan cukai tetapi peniaga tempatan dikenakan SST. Namun penangguhan ini dibuat pada waktu yang sesuai kerana keadaan ekonomi yang kurang baik.
Jelasnya lagi, jika dilaksana cukai LVG ini dianggarkan dapat meraih kutipan tinggi kerana nilai barangan RM500 kebawah adalah melibatkan pembelian daripada golongan kebanyakan.
Cukai ini juga wajar dilaksana selepas ekonomi semakin pulih dengan kajian lebih terperinci. “Pada pendapat saya, boleh dipertimbang, kita perlu lihat impak kepada pengguna dan kesan kepada sesetengah produk atau barangan”, katanya kepada Buletin Utama selepas Forum Siri ke 48, Deloitte TaxMax.
“Kalau lakasana cukai ini secara menyeluruh, mungkin kita boleh fokus ke barangan tertentu daripada menyeluruh dan juga kita juga perlu kaji makenisma lebih terperinci dimana sesetengah produk perlu beri pelepasan”.
Buletin TV3 sebelum ini melaporkan kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan 2 bentuk cukai yang dilaksana pentadbiran terdahulu. Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
Penangguhan membabitkan cukai minuman pracampuran dan cukai jualan 10% ke atas barangan bernilai rendah (LVG) yang sepatutnya berkuat kuasa 1 April ini.