comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Empat telco meterai perjanjian DNB, akses 5G diperluas mulai hari ini

 


Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang memiliki peranti berkeupayaan 5G boleh mula akses kepada perkhidmatan rangkaian 5G secara meluas mulai, esok.

Ia hasil pemeteraian perjanjian akses empat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, U Mobile, Celcom, Digi dan Telekom Malaysia (TM) dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini.

Dalam satu kenyataan, pelanggan Celcom yang mempunyai peranti berkeupayaan 5G akan mempunyai akses secara automatik ke atas perkhidmatan rangkaian 5G, bermula esok.

Bagi U Mobile pula, perkhidmatan 5G akan disediakan kepada pelanggannya mulai Khamis ini.

Sementara itu, Digi.com dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata pihaknya telah memeterai perjanjian dengan DNB bagi akses kepada rangkaian borong tunggal 5G semalam.

Ia akan melanggan rangkaian borong 5G DNB untuk tempoh 10 tahun.

Terdahulu, TM juga mengeluarkan kenyataan mengenai pemeteraian perjanjian terbabit bagi melanggan perkhidmatan 5G terkawal DNB termasuk, tetapi tidak terhad kepada, produk rangkaian borong 5G nasional.

Loading...
Terkini