comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Faiz Azmi dilantik Pengerusi Eksekutif SC yang baharu

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Mohammad Faiz Azmi Mohammad Azmi.

Oleh: Nurin Farhana Rishdy 

PUTRAJAYA: Datuk Mohammad Faiz Azmi Mohammad Azmi dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 16 Jun 2024 hingga 15 Jun 2027.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan (MOF) berkata Datuk Mohammad Faiz mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang bidang kewangan, pasaran modal, audit dan pengurusan kewangan selain kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni (Perundangan) daripada Durham University.

Datuk Mohammad Faiz juga berpengalaman menjadi Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia, Pengerusi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan Ahli Lembaga SC sejak 15 Ogos 2023.

Berbekalkan pengalaman yang ada, MOF yakin beliau mampu memberi sumbangan cemerlang demi memastikan SC mencapai matlamatnya untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi.

Pelantikan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498) selepas menerima persaraan Pengerusi Eksekutif SC, Datuk Seri Awang Adek Hussin yang akan berkuatkuasa pada 15 Jun 2024.

Kementerian itu turut merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan serta khidmat kepakaran serta pengalaman bakti Datuk Seri Awang Adek sepanjang tempoh sebagai Pengerusi Eksekutif SC sejak 1 Jun 2022 lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini