comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac 2022

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit daripada paras harian tertingginya hari ini berikutan harapan baharu kepada kemungkinan dua penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding  1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.

Indeks barometer meningkat 1.15 mata kepada 1,604.38 dan mencapai paras tertinggi 1,611.57 pada sesi tengah hari.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 720 berbanding 492, dengan 456 kaunter tidak berubah, 700 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Bagaimanapun, jumlah dagangan merosot kepada 6.04 bilion unit bernilai RM4.35 bilion daripada 6.20 bilion unit bernilai RM4.69 bilion pada Rabu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata belian saham pada harga rendah turut menyumbang kepada aliran meningkat hari ini berikutan beberapa sesi mod konsolidasi.

“Kami kekal positif mengenai pemulihan sentimen pasaran global.

“Selain itu, kami menjangkakan momentum optimis ini akan memacu indeks petunjuk pasaran kepada paras rintangan seterusnya iaitu 1,615,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, FBM KLCI dijangka bergerak dalam jajaran 1,605-1,620 menjelang akhir minggu ini, dengan paras rintangan segera pada 1,615 diikuti dengan 1,635, dan sokongan pada 1,600 diikuti 1,585.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini