comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

FBM KLCI dijangka akhiri tahun ini pada paras 1,560

FOTO: NSTP

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Pasaran saham tempatan dijangka mengalami aktiviti perdagangan yang kukuh memasuki tahun depan, disokong penyertaan sektor peruncitan, sekaligus memberi kecairan dalam pasaran.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee menjangka penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bakal mengakhiri tahun ini pada paras 1,560.

“Jika kamu lihat FBM KLCI melonjak dari 1,430 kepada 1,500 selepas Pilihan Raya Umum ke-15, memberi petunjuk jelas tidak mustahil untuk mencapai 1,560,” katanya pada sidang media maya Unjuran Akhir Tahun Pasaran Rakuten Trade, hari ini.

FBM KLCI dilihat berlegar pada paras 1,470 ketika ini dan berpotensi menokok 90 mata sebelum tahun ini berakhir.

Rakuten turut meramal penanda aras itu akan mencecah 1,800 tahun depan, berdasarkan nisbah pendapatan harga (PER) 14 kali yang berpatutan.

Ini disokong sektor perbankan dan telekomunikasi yang dipacu pertumbuhan pendapatan lebih kukuh dengan anggaran 9.7 peratus, walaupun asas tinggi tahun ini 15.6 peratus.

Loading...
Terkini