comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

FBM KLCI ditutup rendah berikutan minat beralih kepada saham berharga rendah

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Indeks barometer Bursa Malaysia ditutup rendah memandangkan pelabur mengalihkan tumpuan terhadap saham berharga rendah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 3.49 mata kepada 1,614.37 berbanding 1,617.86 semasa ditutup pada Jumaat, diimbangi oleh penyusutan dalam Press Metal dan YTL Corporation.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.38 mata kepada 1,619.24, menunjukkan paras tertinggi harian dan mencecah paras terendah 1,613.01 pada sesi selepas tengah hari.

Sentimen pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 628 berbanding 531, dengan 470 kaunter tidak berubah, 769 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.96 bilion unit bernilai RM3.30 bilion daripada 5.73 bilion unit bernilai RM4.05 bilion pada Jumaat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini