comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

FBM KLCI Ditutup Tinggi Selepas Jatuh 8 Hari Berturut-turut

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri penurunan selama lapan hari berturut-turut untuk ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran menambah 2.99 mata untuk ditutup kepada 1,397.62 daripada 1,394.63 pada Jumaat.

Ia dibuka rendah 0.93 mata kepada 1,393.70 dan bergerak antara 1,384.82 dan 1,401.82 sepanjang hari.

Suasana pasaran, bagaimanapun, kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 530 berbanding 285 manakala 383 kaunter kekal tidak berubah, 1,155 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.79 bilion unit bernilai RM1.45 bilion daripada 2.08 bilion unit bernilai RM1.91 bilion pada Jumaat lepas. — BERNAMA

Loading...
Terkini