
KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pagi ini sebelum bergerak rendah di tengah-tengah kekurangan sentimen positif untuk meningkatkan pasaran.
Pada 9.25 pagi, FBM KLCI susut 0.14 mata kepada 1,450.43 daripada 1,450.57 pada penutup Isnin.
Indeks utama memulakan dagangan pada paras 1,450.87, meningkat 0.3 mata.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 241 berbalas 204, manakala 328 kaunter tidak berubah, 1,580 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 576.49 juta unit bernilai RM167.51 juta.
Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB), ketidaktentuan pasaran mungkin berlaku menjelang ucapan yang dinanti-nantikan oleh pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell di Simposium Jackson Hole, tekanan luar yang semakin meningkat di Amerika Syarikat dan China, serta musim pelaporan keputusan kewangan tempatan. – BERNAMA