comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

FBM KLCI rendah pada tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Isnin disebabkan kekurangan momentum belian.

Semasa rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 9.21 mata kepada 1,472.59 daripada 1,481.80 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks utama itu dibuka 0.28 mata lebih tinggi kepada 1,482.08 sebelum bergerak di antara 1,470.89 dengan 1,482.08 sepanjang sesi dagangan.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 456 berbanding 425, manakala 362 kaunter tidak berubah, 998 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.31 bilion unit bernilai RM987.72 bilion.

Antara saham berwajaran tinggi, Public Bank naik dua sen kepada RM4.43 dan Petronas Chemicals menokok satu sen kepada RM8.53, manakala Maybank tidak berubah pada RM8.58, CIMB susut empat sen kepada RM5.60, TNB merosot 25 sen kepada RM9.13 dan Digi kurang 10 sen kepada RM3.89.

Antara saham aktif, MQ Technology meningkat dua sen kepada 7.5 sen, SMTrack naik satu sen kepada 7.5 sen, Advance Synergy dan Icon Offshore masing-masing naik setengah sen kepada 19.5 sen dan 16 sen, manakala Borneo Oil mendatar pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 56.50 mata kepada 10,596.70;  Indeks FBMT 100 turun 65.34 mata kepada 10,291.81; Indeks FBM Emas Syariah menguncup 89.03 mata kepada 10,788.88; FBM 70 kurang 86.33 mata kepada 12,984.86 manakala FBM ACE meningkat 17.96 mata kepada 5,383.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 22.61 mata kepada 16,423.81;   Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.07 mata kepada 181.75; Indeks Perladangan turun 32.21 mata kepada 6,775.64 manakala Indeks Tenaga meningkat 13.44 mata kepada 813.55. – BERNAMA

Loading...
Terkini