comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

FGV optimistik Amerika Syarikat akan batalkan sekatan import ke atas produknya tahun ini

Foto: FGV Holdings Bhd (FGV).

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) percaya Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) akan membatalkan sekatan import Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) ke atas produk sawitnya akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor, berkata syarikat akan menyerahkan laporan akhir kepada CBP AS pada suku pertama bagi membolehkan proses pembatalan sekatan itu.

“Pengauditan telah selesai pada 31 Disember 2022. Jadi sebarang kekurangan yang dikenalpasti akan diatasi. Salah satu perkara adalah menaik taraf perumahan pekerja dan kami telah membelanjakan hampir RM300 juta,” katanya pada taklimat media dan penganalisis mengenai keputusan kewangan suku keempat kumpulan FGV.

Dalam pada itu, FGV mencatat keuntungan bersih RM1.32 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, berbanding RM1.17 bilion tahun sebelumnya.

Ini susulan harga purata minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan sumbangan daripada sektor logistiknya.

Manakala hasil melonjak kepada RM25.56 bilion berbanding RM19.57 bilion.

Bagi prospek 2023, FGV optimistik terhadap prestasinya, dengan isu kekurangan pekerja semakin pulih, menurun daripada 32 peratus kepada 13 peratus pada 2022.

Loading...
Terkini