comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

FMM harap kerajaan permudah prosedur, kurangkan beban kawal selia bagi pengeluar

Foto hiasan

GEORGE TOWN: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan akan terus menyokong industri pembuatan dengan menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan dengan memudahkan prosedur birokrasi dan mengurangkan beban kawal selia bagi pemain industri.

Pengerusi FMM Pulau Pinang Datuk Lee Teong Li turut berharap dalam pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan negeri dan Persekutuan akan menyeragamkan diskaun untuk semua industri, perusahaan dan sektor komersial untuk memperbaharui tanah pegangan pajak mereka pada 90 peratus.

Beliau berkata inisiatif itu akan menambah baik lagi kemudahan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Selain itu, FMM Pulau Pinang turut berharap kerajaan akan memperuntukkan lebih banyak pembiayaan untuk industri kecil dan sederhana (IKS) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya mereka dapat melaksanakan atau menaik taraf inisiatif pendigitalan.

“Kami menggesa kerajaan untuk menaikkan had skim geran pendigitalan PKS apabila pada masa ini, syarikat di Malaysia boleh menerima subsidi kerajaan sebanyak 50 peratus atau sehingga maksimum RM5,000,” katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-54 FMM di sini malam semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Loading...
Terkini