comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Fokus cukai sedia ada dulu sebelum nilai semula GST

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan cukai sedia ada seperti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) buat masa ini, sebelum menilai keperluan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, GST adalah struktur cukai yang sentiasa dan akan terus dinilai oleh kerajaan.

Foto: NSTP

“Ia akan mengambil masa sebelum kami menilai semula semuanya (struktur pencukaian).

Pada masa kini, fokus kami ialah terhadap alat yang kami ada, iaitu cukai perkhidmatan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Belanjawan 2024, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini