comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Gabungan Celcom-Digi dapat kelulusan pemegang saham Axiata


Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Pemegang saham Axiata telah meluluskan penggabungan pengendali telekomunikasi Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.Com Bhd (Digi).

Menurut Axiata, pemegang saham telah meluluskan cadangan penggabungan itu pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini.

“Keputusan EGM melalui undian telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia, seperti yang diperlukan dalam peraturan yang terpakai,” kata Axiata dalam satu kenyataan, hari ini.

Memandangkan pemegang saham Axiata telah bersetuju, penggabungan ini semakin hampir untuk dilengkapkan.

Sebelum ini, penggabungan ini telah diluluskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia.

Cadangan penggabungan itu membabitkan pemindahan keseluruhan modal saham terbitan Celcom 1.24 bilion saham oleh Axiata kepada Digi pada harga RM17.76 bilion.

Ini selain penyenaraian tambahan 3.96 bilion saham baharu Digi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Loading...
Terkini