comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Gabungan dewan perniagaan mahu GST diperkenal semula

Foto fail NSTP

PETALING JAYA: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menyarankan supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula sebagai langkah terbaik untuk meningkatkan hasil kerajaan.

Presiden NCCIM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, GST bersifat menyeluruh untuk semua pihak berbanding pengenalan pelbagai cukai baharu ketika ini yang hanya tertumpu kepada beberapa golongan.

Beliau berkata, NCCIM yang juga gabungan lima dewan perniagaan iaitu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) turut bersetuju GST 2.0 perlu diperkenalkan pada kadar empat peratus.

Katanya, langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai cukai baharu bagi menampung pendapatan kerajaan yang pada akhirnya memberikan tekanan kepada perniagaan, justeru wajar mempunyai pandangan politik yang jelas dengan memperkenalkan semula GST.

“Jika GST 2.0 dilaksanakan semula, semua pihak akan dikenakan cukai termasuk pekerja asing di negara ini. Ketika ini, mereka tidak dikenakan sebarang cukai.

“Malah jumlah yang diperoleh oleh GST juga lebih tinggi berbanding cukai-cukai sedia ada. Kerajaan juga boleh beri semula hasil GST ini kepada golongan yang memerlukan melalui pemberian rebat atau pemberian baucar petrol, tenaga atau runcit.

“Satu cukai untuk semua. Kerajaan dapat tambah pendapatan, rakyat dapat kembali bayaran cukai melalui pemberian semula baucar atau rebat dan perniagaan juga dapat terus berdaya saing,” katanya ketika ditemui di Forum Ekonomi Nasional NCCIM 2024 di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini