comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Gaji CEO Apple kena potong 40 peratus

Foto REUTERS

CUPERTINO: Gergasi teknologi, Apple memotong imbuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook lebih daripada 40 peratus, menggunakan panduan pelabur dan permintaan daripada Cook sendiri untuk menyeleraskan semula gajinya.

Syarikat itu dalam satu makluman kawal selia pada Khamis mendedahkan bahawa ia akan mengurangkan sasaran imbuhan Cook kepada AS$49 juta pada 2023 daripada AS$84 juta pada 2022, lapor German Press Agency (dpa).

Sebagai sebahagian daripada perubahan itu, peratusan unit saham diberikan kepada Cook dan bergantung kepada prestasi Apple akan meningkat kepada 75 peratus pada 2023 daripada 50 peratus, begitu juga pada masa akan datang, kata syarikat itu dalam makluman berkenaan.

Pada 2022, Cook menerima jumlah imbuhan sebanyak AS$99.42 juta, termasuk gaji asas, geran saham dan insentif, berbanding AS$98.73 juta diterima pada 2021, dan AS$14.77 juta diterimanya pada 2020.

Jumlah imbuhan diterima oleh Cook pada 2022 termasuk gaji asas AS$3 juta, pemberian saham AS$82.99 juta, imbuhan pelan insentif bukan saham AS$12 juta, dan imbuhan lain sebanyak AS$1.43 juta.—BERNAMA

Loading...
Terkini