comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Gaji pekerja industri komputer, IT meningkat paling tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Industri komputer dan teknologi maklumat (IT) mengalami pertumbuhan gaji median tertinggi dengan peningkatan 28 peratus daripada RM3,750 kepada RM4,800, demikian menurut laporan Panduan Gaji 2023 yang diterbitkan oleh platform pekerjaan dalam talian terkemuka di Malaysia, JobStreet.

Peranan pakar komputer dan IT juga mempunyai gaji median tertinggi antara semua pengkhususan iaitu RM6,000.

Laporan terkini itu berkata, penekanan serta permintaan untuk golongan profesional IT ini tidak mengejutkan, memandangkan ekonomi digital terus berkembang di Malaysia.

Katanya, walaupun terdapat bilangan iklan pekerjaan yang lebih rendah dalam industri, pampasan untuk jawatan peringkat kemasukan, eksekutif kanan dan pengurus semuanya mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.

“Aliran ini mengetengahkan permintaan kukuh untuk profesional IT peringkat kemasukan, sekal igus meningkatkan gaji meskipun berhadapan dengan potensi pasaran pekerjaan yang mencabar,” katanya.

Laporan oleh JobStreet itu menambah, ketika kerjaya komputer dan IT adalah pengkhususan bergaji tertinggi, industri komputer dan IT korporat turut mengalami pertumbuhan gaji yang tinggi, iaitu sebanyak 57.4 peratus, jauh mengatasi industri kedua tertinggi iaitu perkhidmatan komunikasi (7.7 peratus).

Sebaliknya, golongan profesional perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang pakar dalam komputer dan IT mengalami penurunan gaji sebanyak 10.3 peratus.

Loading...
Terkini