comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Gamuda peruntuk RM2 bilion bagi pelaburan tenaga boleh diperbaharui

Datuk Lin Yun Ling – FOTO: NSTP/Syarafiq Abd Samad

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd memperuntuk RM2 bilion bagi pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) bagi tempoh lima tahun.

Penyertaan Gamuda dalam perniagaan RE tidak hanya tertumpu kepada pemasangan tenaga solar dan ladang solar semata-mata tetapi merangkumi keseluruhan industri.

Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda, Datuk Lin Yun Ling berkata “Hutang kami hampir sifar. Bersandarkan aset kami, sebenarnya kami boleh meminjam sehingga RM7 bilion – RM8 bilion dalam beberapa tahun akan datang tanpa cecah Nisbah Gearing Bersih pada paras 70 peratus aset bersih kami.”

Pihak-nya kini mencari peluang untuk membangunkan beberapa projek pam hidro di australia dalam tempoh akan datang.

Ketika ini, Gamuda dalam proses membida bagi projek sumber tenaga boleh diperbaharui di Tasmania.

Baru-baru ini, ia mengambil alih 30 peratus kepentingan ekuiti dalam firma pembinaan dan pentauliahan kejuruteraan tenaga solar ERS Energy pada harga tunai RM200 juta.

Pelaburan strategik ini langkah konkrit dalam pelan tenaga boleh diperbaharui skala besar Gamuda.

Loading...
Terkini