comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Gamuda,Castleforge ambil alih Winchester House berharga RM1.39 bilion

Gamuda Bhd

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd, secara perkongsian dengan Castleforge Partners Ltd melalui Venta Belgarum II Ltd Partnership (VB II) telah menandatangani perjanjian jual beli untuk memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Wessex Winchester Propco Ltd (Prop Co), pemilik Winchester House pada pertimbangan tunai sebanyak £257 juta (RM1.39 bilion) daripada perkongsian Wessex Winchester Ltd.

VB II adalah kerjasama pembangunan 75:25 yang mana Gamuda memegang kepentingan yang lebih tinggi, dibentuk antara anak syarikat milik penuh Gamuda di Labuan iaitu, Gamuda Land (Labuan) Ltd dan entiti perkongsian 100 peratus Castleforge, Athelstan Ltd.

Gamuda dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kumpulan itu dan Castleforge, melalui VB II telah merundingkan jadual pembayaran yang baik kepada vendor berkenaan, yang mana hanya £20 juta (RM108 juta) daripada jumlah pertimbangan sebanyak £257 juta dibayar selepas pemeteraian perjanjian jual beli, dengan baki selebihnya akan dibiayai oleh hutang bukan bantuan serta pembayaran akhir dalam tempoh 24 bulan selepas pertukaran.

 

“Apabila selesai pengambilalihan yang dicadangkan, Gamuda akan memiliki 75 peratus daripada Prop Co, dengan baki 25 peratus dimiliki oleh dana Castleforge, Castleforge Partners IV Ltd Partnership dan Castleforge turut berkhidmat sebagai pengurus pembangunan,” katanya.

Gamuda berhasrat untuk mensindiket sebahagian daripada 75 peratus kepentingan ekuitinya kepada pelabur yang berminat selepas selesai cadangan pengambilalihan itu.
“Cadangan pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada strategi projek “quick turnaround” (QTP) Gamuda Land, yang bertujuan membina portfolio serantau projek hartanah dengan kadar pulangan dalaman yang tinggi, dengan jangka masa pelaburan selama lima tahun atau kurang.

“Strategi QTP bertujuan mempelbagaikan portfolio, memaksimumkan pulangan modal dan mengembangkan kedudukan geografi Gamuda Land di luar Malaysia,” katanya. -BERNAMA

Loading...
Terkini