comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Glostrext rancang ke Bursa Malaysia tidak lama lagi

Majlis pelancaran prospektus pelaksanaan IPO Glostrext Bhd, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Glostrext Bhd (Glostrext), pakar instrumen dan ujian geoteknik yang beroperasi di Malaysia dan Singapura diperbadankan pada tahun 1992, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia tidak lama lagi, sudah memiliki pengalaman selama 31 tahun dalam industri pembinaan.Syarikat juga mencipta rekod prestasi dengan beberapa projek yang agak besar dan terkenal seperti KLCC, PNB 118, Jewel Changi Airpot, Rapid Transit System dan Naga 3 Integrated Entertainment Complex.

Ia kini sedang melaksanakan khidmat serta kerja berkaitan cerucuk, struktur dan geoteknik, yang mana merangkumi perkhidmatan perkakasan, pengujian dan pemantauan kepada projek pembinaan, terowong serta bangunan dan infrastruktur yang telah siap.Glostrext dalam satu kenyataan berkata, ia mengekalkan hubungan perniagaan yang baik dengan pelanggan terkemuka mereka seperti TPW Engineering dan Pintary Foundations telah menyediakan asas kukuh kepada pertumbuhan dan pengembangan perniagaan pada masa akan datang.

Kemampuan Glostrext di rangsang oleh peningkatan penawaran perkhidmatannya dengan penggunaan teknologi dengan memberi tumpuan kepada mempromosikan perkhidmatan instrumentasi dan pemantauan struktur dan tanah di luar tapak menggunakan platform Glostrext WiNA, di mana penawaran tersebut sejajar dengan trend semasa kerana banyak perniagaan dan syarikat mencari automasi serta meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja.

Kumpulan berhasrat untuk mengembangkan perkhidmatan pemantauan ke pasaran Singapura serta bergerak ke hadapan di samping meninjau beberapa peluang besar dalam sektor pembinaan Malaysia yang disokong oleh peningkatan peluang perbelanjaan awam dan swasta di Malaysia seperti HSR, KUTS, laluan LRT baru di Pulau Pinang.

Melangkah ke hadapan, Glostrext menjangkakan margin Kumpulan akan berkembang terutamanya disebabkan oleh penggunaan teknologi (platform WiNA) yang akan meningkatkan kecekapan untuk meningkatkan marginnya.

Permintaan didorong oleh keperluan pengawalseliaan dan keselamatan di mana Kumpulan berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada keperluan mandatori atau pematuhan terhadap ujian cerucuk serta pemantauan struktur dan darat oleh kerajaan Singapura dan Malaysia.

Berikutan prestasi semasa Glostrext, tinjauan pasaran meletakkan sasaran 32 sen untuk sahamnya.Penilaian adalah berdasarkan 14x PER daripada EPS FY25F Glostrext sebanyak 2.3 sen yang sejajar dengan purata ke hadapan 12 bulan PER Indeks Pembinaan Bursa Malaysia.”Harga sasaran yang disasarkan sebanyak 32 sen mewakili kenaikan 67 peratus berbanding harga penyenaraian 19 sen,” katanya.

Loading...
Terkini