comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Golongan muda utamakan perkara lain berbanding beli rumah

Kajian mendapati orang muda lebih gemar menyewa disebabkan oleh pelbagai faktor. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Isu pemilikan rumah dalam kalangan orang muda di negara ini sering dikaitkan dengan harga rumah yang melangit sedangkan gaji pula rendah selain kesukaran mendapatkan pinjaman bank.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan, antaranya menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, bagi memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan mereka, termasuk yang telah berumah tangga, isu ini tetap membelenggu golongan itu tanpa tanda-tanda akan selesai secara mutlak.

Akan tetapi, benarkah faktor-faktor yang diketengahkan itu adalah punca permasalahan, atau ada sisi lain yang menyebabkan ramai orang muda tidak memiliki kediaman sendiri?

Menurut Dr Mohammad Mujaheed Hassan, Pensyarah Perancang Bandar dan Wilayah/Pembangunan Komuniti, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM), kajian menunjukkan terdapat faktor lain yang menyumbang kepada isu itu.

Memetik hasil kajian ‘The Variations In Preferences Of Young Generation In Klang Valley Towards Housing Property Demand’ yang dijalankan oleh UPM pada pertengahan 2022, beliau yang turut terlibat dalam penyelidikan itu berkata, generasi muda masa kini mempunyai komitmen kewangan yang tinggi.

Seramai 2,523 responden berusia 25 hingga 45 tahun di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dengan pendapatan bulanan individu RM4,360 hingga RM9,620, terbabit dalam tinjauan yang bertujuan mengenal pasti tahap kewangan golongan itu dari segi kemampuan menabung, melabur serta beban kewangan yang ditanggung mereka.

Mohammad Mujaheed berkata, daripada keseluruhan responden, sebanyak 1,697 orang atau 67.3 peratus mempunyai komitmen ansuran kenderaan antara RM800 dan RM1,200 sebulan.

“Bagi mereka, mempunyai kereta adalah kayu pengukur pencapaian dalam kehidupan. Ironinya, ada antara mereka yang ke tempat kerja menaiki pengangkutan awam, sementara kereta ditinggalkan di rumah,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata kajian juga menunjukkan 1,833 responden atau 72.7 peratus mempunyai komitmen kad kredit sekurang-kurangnya daripada dua bank.

Loading...
Terkini