comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Google labur RM9.4 bilion di Malaysia, wujud 26,500 pekerjaan menjelang 2030

KUALA LUMPUR: Gergasi teknologi dunia, Google bakal melabur RM9.4 bilion bagi membangunkan Pusat Data dan Wilayah Awannya di Malaysia. Pelaburan besar ini mewujudkan 26,500 pekerjaan untuk rakyat tempatan, menjelang 2030.

Peluang pekerjaan akan melibatkan pelbagai sektor termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan impak ekonomi mencecah RM15.04 bilion.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Wilayah Awan Google di Malaysia ini akan menyertai 40 wilayah dan 121 zon lain yang sedang beroperasi seluruh dunia, bagi memenuhi keperluan permintaan perkhidmatan awan tempatan dan peringkat global.

Ini selain menyokong program literasi kecerdasan buatan (AI) untuk pendidik dan pelajar di Malaysia.

Ruth Porat, Presiden Alphabet & Google

Pengumuman ini adalah hasil daripada beberapa siri pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Alphabet dan Google, Ruth Porat, sebelum ini.

Ia menandakan pelaburan terbesar Google di Malaysia setakat ini.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Dalam satu kenyataan, Ruth berkata, pelaburan ini akan membina kerjasama lebih kukuh di antara Google dan kerajaan Malaysia untuk meneruskan dasar memperkukuhkan teknologi awan dengan keselamatan siber yang tinggi.

Ia juga meningkatkan usaha sama Google dan Malaysia untuk menyediakan ekosistem yang menyokong inovasi dan membuka potensi tranformasi digital.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Pusat data Google ini akan dibangunkan di Elmina Business Park dan akan akan memacu teknologi pusat data seperti Google Search, Maps, dan Workspace.

Setelah beroperasi, Malaysia akan menyertai 11 negara lain dimana pusat data seumpama sedang beroperasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini