comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

GST Tidak Dilaksana Buat Masa Ini

KUALA SELANGOR: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) buat masa ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata, pelaksanaan GST memerlukan perbincangan di peringkat Kabinet dan dibentangkan di sidang Parlimen.

Beliau mengakui, GST adalah antara langkah terbaik dalam usaha menambah pendapatan negara, lebih-lebih lagi ia sudah dilaksanakan di lebih 160 negara.

“Ia terbukti lebih baik bagi membolehkan negara menjana pendapatan lebih stabil dan pengurusan cekap dan berkesan.

“GST juga lebih efisyen dan mengurangkan ketirisan, selain membantu membangunkan sesebuah negara seterusnya membantu kehidupan rakyat,” katanya pada sidang media selepas hadiri Hari Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kuala Selangor, di sini.

Tengku Zafrul berkata, ketika ini kutipan cukai negara kurang 11 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu paling rendah di Asia Tenggara berbanding tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan bermakna pelaksanaan GST akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Dalam jangka masa panjang apa yang penting ia bukan membebankan rakyat, sebaliknya untuk membangunkan negara,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini