comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Gubal dasar dana persaraan, sedia hadapi negara menua – Ahmad Zulqarnain

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan penggubalan dasar baharu dalam dana persaraan bagi membolehkan Malaysia bersedia ke arah negara menua.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn, berkata antara cadangan yang boleh dilaksanakan adalah melalui pengenalan skim hibrid manfaat tertakrif (DB) dan caruman tertakrif (DC).

Beliau berkata, DB dan DC adalah antara potensi penyelesaian yang mungkin bagi negara yang masih berpegang kepada sistem dana persaraan untuk maju ke hadapan.

Katanya, banyak perdebatan ketika ini mengenai perubahan sistem daripada DB yang bermaksud pendapatan tetap selepas bersara seperti pencen kepada DC, pendapatan tidak tetap tapi caruman tetap seperti KWSP.

“Dua perkara ini banyak diperkatakan oleh semua pihak kerana isu DB seperti pencen daripada kos kewangan mungkin agak tinggi. Adakah perlu ubah sistem pencen dan buat sistem caruman seperti KWSP.

“Satu penyelesaian yang banyak dilaksanakan oleh negara lain adalah skim hibrid antara kedua-dua DB dan DC. Ada bahagian apabila sudah bersara akan dapat pendapatan daripada simpanan caruman dan juga memperoleh faedah pendapatan asas.

“Kalau boleh kita hendak menggubal dasar untuk generasi akan datang dengan skim hibrid antara kedua-duanya,” katanya ketika Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-11 2024 (ISWC 2024) di sini, hari ini.

Ahmad Zulqarnain berkata, langkah lain yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan sosial menjelang usia persaraan adalah pengubalan undang-undang bagi membolehkan semua golongan mempunyai dana simpanan persaraan.

Beliau berkata, sistem pencen dan persaraan di Malaysia ketika ini hanya meliputi 60 peratus tenaga buruh dan 40 peratus lagi seperti peniaga, pekerja gig dan pekerja sambilan tidak mempunyai dana persaraan.

“Jadi, macam mana kita hendak menaikkan 60 peratus kepada 100 peratus. Apakah undang-undang yang perlu diubah? Ini kerana struktur pekerjaan sudah berubah kerana banyak yang dengan pilihan sendiri bekerja dalam sektor tidak formal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini