comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Harga papan lapis meningkat di kebanyakan kawasan bulan lalu – DOSM

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Indeks harga seunit papan lapis mencatatkan peningkatan 1.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata indeks harga seunit batu baur pula merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 1.7 peratus bagi kebanyakan kawasan pada Mei 2024 berbanding bulan lalu.

“Peningkatan tertinggi di Perak (1.7 peratus), diikuti dengan kawasan Pulau Pinang, Kedah & Perlis (0.8 peratus) dan kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka & Negeri Sembilan (0.2 peratus),” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh DOSM hari ini.

Mohd Uzir turut menyatakan bahawa perbandingan bulanan mencatatkan tiada perubahan dalam indeks harga seunit bagi besi bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, terdapat peningkatan kecil dalam indeks harga bahan ini di kawasan Kuching (1.0 peratus) dan Kota Kinabalu (0.2 peratus).

Sementara itu, katanya penurunan dalam indeks harga bahan ini direkodkan bagi kawasan Pulau Pinang, Kedah & Perlis (-0.1 peratus) dan Tawau (-0.2 peratus).

“Perbandingan bulanan turut mencatatkan indeks seunit harga simen kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024.

“Namun begitu, terdapat sedikit peningkatan dalam indeks harga bahan bagi kawasan Terengganu & Kelantan (0.5 peratus) dan Perak (0.4 peratus),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini