comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

HGHV sektor pertanian jamin keterjaminan makanan negara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Inisiatif pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV) bagi sektor industri pertanian menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) adalah antara usaha kerajaan dalam menangani isu keterjaminan makanan negara.

Pengarah Bahagian Pertanian Kementerian Ekonomi, Datin Zaeidah Mohamed Esa berkata, beberapa program akan dilaksanakan di bawah HGHV itu, seperti pertanian moden, pertanian rendah karbon dan meningkatkan penglibatan golongan muda termasuk Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).

“Sasaran kita adalah untuk membuka 2,000 ekar (809.3 hektar) kawasan tanaman baharu menggunakan tanah terbiar untuk tingkatkan produktiviti pertanian dan pendapatan golongan terlibat.

Kita juga mahu menceburi pertanian rendah karbon agar ia menjadi asas dan hala tuju pada RMK13 kelak.

“Setakat ini, menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN, sebanyak 12 projek termasuk 800 ekar (323.7 hektar) tanah telah diluluskan dalam tempoh enam bulan sejak ia dilaksanakan pada Febuari lepas,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV.

Beliau berkata, menerusi projek itu, antara yang akan diberi fokus adalah tanaman yang mampu dihasilkan di negara ini, namun masih bergantung pada import.

Loading...
Terkini