comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Hong Leong Industries keluar alat ganti automotif melalui Tekhne

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd, Prof Datuk Dr Jim Khor bersama Pengurus Besar TÉKHNĒ, Chong Chee Kong (kiri) melawat ruang pameran alat ganti automotif selepas melancarkan alat ganti automotif Hong Leong Industries Berhad bersama syarikat TÉKHNĒ di Sofitel Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Hong Leong Industries Bhd (HLI) membuat lonjakan ke dalam pembuatan alat ganti automotif melalui anak syarikat baharunya Tekhne Sdn Bhd (Tekhne).

Ia menyasarkan untuk menyediakan rangkaian komprehensif pengilang peralatan asal (OEM) dan bahagian pengilang peralatan gantian (REM) bagi jentera beroda dua dan empat.

Pengarah Urusan Kumpulan HLI, Prof Datuk Dr Jim Khor berkata, pasaran bagi alatan OEM dan REM untuk kegunaan jentera beroda dua dan empat di Malaysia sedang menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dan diunjur mampu berkembang lebih jauh.

Ia didorong oleh faktor-faktor seperti peningkatan jualan kenderaan, permintaan ke atas servis pasaran sekunder (aftermarket) serta peningkatan bilangan perusahaan dalam pasaran produk automotif.

Jim Khor berkata, nilai tambah dalam pasaran produk automotif di Malaysia dijangka mampu mencecah AS$8.32 bilion pada tahun 2024, dengan jangkaan purata kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) berjumlah 5.71 peratus dari tahun 2024 hingga 2028.

“Di samping itu, jualan kereta terpakai di Malaysia juga sedang meningkat secara konsisten, menyumbang kepada pertumbuhan industri servis pasaran sekunder automotif, yang mencerminkan permintaan yang kian meningkat ke atas alat-alat ganti.

“Tekhne akan mula memberikan tumpuan kepada kenderaan dua roda pada fasa awal dan perlahan-lahan memasuki segmen empat roda,” katanya semasa Majlis pelancaran Tekhne, hari ini.

Katanya, langkah ke arah industri alat ganti automotif bukan sahaja mencerminkan dedikasi ke atas inovasi dan perkembangan berterusan, tapi juga komitmennya ke atas para pelanggan menerusi standard kualiti dan kebolehpercayaan yang tertinggi.

“Dengan Tekhne, kami dapat mengorak sebuah haluan dengan pelbagai peluang, di samping mengendong matlamat untuk merintis kemajuan dalam arena teknologi dan reka cipta, sambil menjamin prestasi dan keselamatan kenderaan yang optimum,” katanya.

Tekhne juga merancang untuk menerokai produk berkaitan kenderaan elektrik (EV) dalam komitmennya terhadap inovasi kerana ia sejajar dengan peralihan industri ke arah penyelesaian mobiliti mampan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini