comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Hyundai Glovis, Lion teroka peluang logistik pintar

Hyundai Glovis adalah unit logistik Hyundai Motor Group

SEOUL: Hyundai Glovis Co menjalin kerjasama strategik dengan Lion Group bagi meneroka peluang dalam penyelesaian logistik pintar untuk pasaran Asia Tenggara.

Kedua-dua syarikat menandatangani memorandum persefahaman bagi sistem pengurusan logistik termaju Hyundai Glovis.

Ia akan diperkenalkan kepada unit perniagaan utama Lion Group, bermula dengan sektor keluli, sebelum mengembangkannya ke sektor lain, seperti peruncitan.

Menurut agensi berita Yonhap, Hyundai Glovis dan Lion akan berusaha untuk menaik taraf kecekapan logistik keseluruhan perniagaan keluli dengan mengguna pakai penyelesaian pintar yang direka untuk menjadi lebih kos efektif.

Kedua-dua syarikat juga akan bekerjasama dalam mengembangkan kedudukan serantau ke negara jiran ASEAN yang lain, termasuk Thailand, Vietnam dan Singapura.

Hyundai Glovis, unit logistik Hyundai Motor Group, telah berusaha untuk meningkatkan kehadiran pasarannya di Asia Tenggara.

Ia menubuhkan anak syarikat di Vietnam pada 2019 dan Thailand tahun ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini