comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Incode jalin kerjasama bersama Spectrum Edge bagi memacu transformasi digital negara

Oleh Suzila Idayu Yaacob

PETALING JAYA: Syarikat Pengesahan Identiti, Incode berusaha mempercepatkan transformasi digital bagi perusahaan di Malaysia, sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Ini menerusi satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama Spectrum Edge yang dijangka akan membuka peluang kepada perniagaan menggunakan teknologi pengenalan wajah, seterusnya membantu perusahaan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisyen.

Pengarah Jualan Incode, Eryin Halmen berkata teknologi yang diketengahkan ini juga berupaya membantu peniaga memasarkan produk dan perkhidmatan ke pasaran yang lebih luas.

“Apabila kita mengadaptasi teknologi yang boleh diakses oleh perniagaan di negara ini, selain daripada dapat menembusi negara luar, ia juga membolehkan perniagaan itu menjangkau pelanggan yang sebelum ni mereka sukar perolehi.” katanya pada Majlis Menandatangani MoU hari ini.

Jelas beliau, teknologi berkenaan mencipta satu tawaran bersama produk di mana perkhidmatan dan penyelesaian akan memacu kepada transformasi data di dalam perkhidmatan awam Malaysia dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Dengan pematuhan serta standard piawaian yang ketat. teknologi ini akan mengurangkan risiko keselamatan dan penipuan secara drastik.

Kerjasama ini sejajar dengan pendekatan kerajaan bagi meningkatkan ekonomi negara dengan menggunakan teknologi digital.

Sementara itu, Pengarah Urusan Spectrum Edge, Mohamad Reza Ab Hamid berkata penggunaan teknologi berkenaan boleh diguna pakai oleh pelbagai sektor di negara ini.

“Penggunaan Incode ini kebanyakannya digunakan oleh sektor kerajaan dan institusi kewangan, dan ia tidak terhad kepada industri tersebut sahaja malah ia juga boleh diguna pakai oleh mana-mana industri komersial lain yang memerlukan kelulusan pantas, pemuatan pantas serta pengiktirafan yang lebih pantas,”. katanya.

Loading...
Terkini