comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Indeks harga pengeluar merosot 1.8 peratus pada Ogos

Indeks harga pengeluar merosot 1.8 peratus pada Ogos.

PUTRAJAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHP) Malaysia yang mengukur harga barangan di pintu kilang, turun negatif 1.8 peratus pada Ogos berbanding negatif 2.3 peratus pada Julai.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penurunan itu disumbangkan oleh sektor Perlombongan, yang menurun sebanyak negatif 3.8 peratus (Julai 2023: -10.8 peratus), dengan indeks Pengekstrakan petroleum mentah mencatatkan negatif 6.5 peratus pada Ogos 2023.

Pada masa yang sama, sektor Pembuatan menurun sebanyak negatif 2.3 peratus, dipengaruhi oleh penurunan dalam indeks Pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-13.4 peratus) dan Pembuatan produk makanan (-7.6 peratus).

Bekalan elektrik & gas juga mencatatkan penurunan negatif 0.1 peratus (Julai 2023: 0.1 peratus).

Sebaliknya, sektor Pertanian, perhutanan & perikanan meningkat sebanyak 2.9 peratus disokong oleh indeks Pengeluaran ternakan (6.0 peratus) dan Penanaman tanaman kekal (2.0peratus). Sektor Bekalan air juga meningkat 2.5 peratus pada Ogos 2023.

“Pada asas bulanan, IHP Pengeluaran Tempatan meningkat 0.3 peratus pada Ogos 2023 (Julai 2023: 0.2 peratus). Sektor Perlombongan meningkat 3.9 peratus disebabkan oleh indeks Pengekstrakan petroleum mentah (5.0 peratus) danPengekstrakan gas asli (0.7 peratus).

“Sektor Pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 1.9 peratus dengan indeks Penanaman tanaman kekal mencatatkan peningkatan sebanyak 5.0 peratus.

Mengulas mengenai IHP Pengeluaran Tempatan mengikut peringkat pemprosesan, Mohd Uzir berkata, Indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya terus menurun sebanyak negatif 2.4 peratus pada Ogos 2023 (Julai 2023: -6.3 peratus), dengan indeks Bahan bukan makanan mencatatkan negatif 3.5 peratus.

Pada asas bulanan, kedua-dua indeks Bahan mentah untuk diproses selanjutnya dan Barang siap masing-masing meningkat sebanyak 3.2 peratus dan 0.1 peratus.Sementara itu, Bahan perantaraan, bekalan & komponen turun negatif 0.5 peratus pada Ogos 2023.

Loading...
Terkini