comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Indeks Pelopor Malaysia catat pertumbuhan empat bulan berturut-turut

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Foto – NSTP

KUALA LUMPUR: Indeks Pelopor (IP) Malaysia pada Mac 2024 kekal dalam pertumbuhan positif selama empat bulan berturut-turut, mencatatkan kenaikan 2.3 peratus kepada 112.2 mata berbanding 109.7 mata pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, lonjakan itu didorong oleh prestasi Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (25.4 peratus) dan Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain (24.8 peratus) yang kukuh.

“Namun begitu perubahan bulanan IP menyusut 0.5 peratus, berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan oleh Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (-0.7 peratus) dan Import Benar Semi Konduktor (-0.4 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

IP memberi petunjuk awal tentang titik perubahan yang ketara dalam kitaran perniagaan dan arah tuju ekonomi bagi tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, kadar pertumbuhan IP bagi Mac 2024 adalah konsisten di atas trend, melepasi 100.0 mata, menggambarkan ekonomi Malaysia yang optimis selari dengan prestasi penggunaan swasta dan pemulihan perdagangan luar.

Beliau berkata, bagi kedudukan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mengekalkan pertumbuhan positifnya dengan mencatatkan 125.0 mata, meningkat 2.3 peratus berbanding 122.2 mata pada bulan sama tahun lalu.

Katanya, terdapat empat komponen menyumbang secara positif kepada kenaikan terkini terutamanya Caruman Nyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (19.6 peratus).

“Pada masa yang sama, perubahan bulanan IS juga mencatatkan peningkatan 0.6 peratus disumbangkan oleh kesemua komponen kecuali Jumlah Guna Tenaga dalam Pembuatan (-0.1 peratus),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini