comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Indeks utama FBM KLCI bercampur-campur pada sesi pagi didorong kemunculan kegiatan pengambilan untung

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia rendah sedikit pagi ini apabila kegiatan pengambilan untung muncul berikutan kenaikan kukuh semalam, dengan jualan sederhana dilihat pada saham mewah diterajui oleh Axiata dan Maxis.

Namun begitu, pergerakan harga di pasaran secara keseluruhannya kekal positif.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.26 mata kepada 1,501.62 daripada 1,501.88 pada Khamis.

Pasaran dibuka pada paras 1,501.7, turun 0.18 mata.

Terdapat 219 kaunter untung dan 202 rugi di pasaran manakala 308 kaunter tidak berubah, 1,534 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 740.72 juta unit bernilai RM220.09 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini