comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Indeks Utama FBM KLCI Susut Pada Sesi Tengah Hari, Kaunter Perladangan Terus Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Indeks barometer Bursa Malaysia menyusut pada sesi dagangan tengah hari ini berikutan kemunculan aktiviti pengambilan untung yang begitu ketara dalam saham perladangan wajaran tinggi terpilih.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.87 mata kepada 1,454.11, dengan kenaikan dalam saham-saham tenaga dan penjagaan kesihatan membantu mengehadkan aliran menurun.

Indeks utama itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi pagi ini pada 1,457.96 berbanding 1,454.98 penutup hari Rabu.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan bagaimanapun kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 441 berbalas 298, manakala 359 kaunter tidak berubah, 1,263 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.55 bilion unit bernilai RM904.91 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini