comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Inflasi kekal rendah 2% pada Ogos

Foto hiasan/ NSTP

PUTRAJAYA: Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos didorong peningkatan lebih rendah bagi kumpulan Restoran & Hotel serta dan Makanan & Minuman Bukan Alkohol.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata, mata indeks mencatatkan 130.8 berbanding 128.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menyifatkan peningkatan didorong oleh peningkatan lebih rendah bagi kumpulan Restoran & Hotel, 4.7 peratus (Julai 2023: 5.0 peratus) dan Makanan & Minuman Bukan Alkohol, 4.1 peratus(Julai 2023: 4.4 peratus).

Ini diikuti oleh kumpulan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan dan Kesihatan masing-masing meningkat sebanyak 2.4 peratus.

Kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP telah merekodkan peningkatan sederhana iaitu 4.1 peratus (Julai 2023: 4.4 peratus).

Komponen Makanan di rumah merekodkan peningkatan marginal 2.9 peratus berbanding 3.0 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya.

Kenaikan komponen Makanan di rumah adalah didorong terutamanya oleh subkumpulan Daging (5.8 peratus). Ini diikuti oleh subkumpulan Beras, roti & bijirin lain dan Susu, keju & telur masing-masing meningkat 4.0 peratus.

Selain itu, komponen Makanan di luar rumah mereda kepada 5.9 peratus berbanding 6.2 peratus yang direkodkan pada Julai 2023. Antara item yang menunjukkan peningkatan lebih perlahan adalah Nasi campur, Sate dan Nasi ayam.Subkumpulan Daging yang merangkumi Daging ayam, Daging lembu, Daging babi, Daging kambing, Daging kerbau dan Daging itik mencatatkan peningkatan lebih tinggi 5.8 peratus pada bulan Ogos 2023 (Julai 2023: 5.5 peratus).

Ayam merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan Daging mencatatkan kenaikan 5.7 peratus berbanding 4.3 peratus pada bulan Julai 2023. Purata harga ayam standard di Malaysia meningkat kepada RM10.21 sekilogram berbanding RM10.51 sekilogram pada bulan Julai 2023.

Peningkatan pada subkumpulan Daging turut didorong oleh peningkatan Daging babi (18.5%) dan Itik (5.7%). Namun, bagi perbandingan bulan ke bulan, subkumpulan Daging menurun kepada negatif 1.1 peratus (Julai 2023: -0.1 peratus).

Subkumpulan Beras, roti & bijirin lain meningkat pada kadar perlahan iaitu sebanyak 4.0 peratus pada Ogos 2023 (Julai 2023: 4.5%). Ini antaranya disumbangkan oleh peningkatan sederhana kelas perbelanjaan Roti & kuih sebanyak 3.5 peratus (Julai 2023: 4.2 peratus) dan Tepung & bijirin lain sebanyak 2.3 peratus (Julai 2023: 3.9 peratus).

Loading...
Terkini