comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Insentif Pengeluaran Getah Oktober 2022 diaktifkan di Semenanjung, Sabah & Sarawak

 

FOTO: Hiasan

KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi Oktober 2022 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini.

LGM menerusi satu kenyataan berkata harga purata peringkat ladang bagi ‘cup lump’ atau getah sekerap pada bulan Oktober 2022 adalah RM2.35 sekilogram bagi Semenanjung, RM2.05 sekilogram bagi Sabah dan RM2.15 sekilogram bagi Sarawak.

Katanya IPG ‘cup lump’ dan lateks teraktif bagi bulan Oktober 2022 dengan bayaran pada kadar 15 sen sekilogram bagi 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 30 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK di Semenanjung.

Lembaga itu berkata di Sabah ia berada pada kadar 45 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan 90 sen sekilogram (100 peratus KGK), dan IPG di Sarawak teraktif pada kadar masing-masing 35 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan 70 sen sekilogram (100 peratus KGK).

Ia memaklumkan IPG lateks teraktif pula adalah pada kadar 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

Menurut LGM, pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Oktober 2022 mulai 1 hingga 30 Nov 2022.

Mulai Januari 2019, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

IPG lateks akan teraktif apabila IPG getah sekerap teraktif.

Kadar IPG lateks adalah tetap iaitu pada kadar 90 sen sekilogram lateks 100 peratus. – BERNAMA

Loading...
Terkini