comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

IPO KJTS Group terlebih langganan 31.28 kali

KUALA LUMPUR: KJTS Group Bhd (KJTS) penyedia perkhidmatan sokongan bangunan, mengumumkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk orang awam telah terlebih langgan sebanyak 31.28 kali.

IPO KJTS terdiri daripada penawaran 218,027,200 saham biasa baharu dalam syarikat (Saham IPO) mengikut pecahan berikut, tawaran institusi sebanyak 168,627,200 kepada pelabur institusi dan terpilih tawaran runcit 49,400,000 saham kepada orang awam Malaysia, pengarah yang layak, pengurusan kanan utama yang layak, pekerja yang layak, dan orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan KJTS.

Syarikat menerima sejumlah 9,632 permohonan untuk 1,110,308,600 Saham IPO bernilai RM299.78 juta daripada orang awam Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 31.28 kali.

Pengarah Urusan KJTS, Lee Kok Choon berkata, penerimaan IPO KJTS yang luar biasa mencerminkan kepercayaan pasaran terhadap visi dan prospek strategik KJTS.

“Maklum balas positif daripada pelabur menggariskan keyakinan pasaran terhadap keupayaan Kumpulan KJTS dan komitmennya untuk menempa masa depan yang mampan dan cekap tenaga,” katanya di sini hari ini.

Memandangkan harga runcit akhir bersamaan dengan harga runcit, tiada bayaran balik akan dibuat kepada pemohon yang berjaya di bawah tawaran runcit.

Hong Leong Investment Bank Bhd ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Pemilik Buku Tunggal.KJTS bersedia untuk disenarikan di Pasaran ACE Bursa Securities pada 26 Januari ini.

Loading...
Terkini