comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

IPO KJTS sasar kumpul modal niaga RM58.9 juta

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan sokongan bangunan di Malaysia, Thailand dan Singapura, KJTS Group Bhd (KJTS), dan anak-anak syarikatnya melancarkan prospektus syarikat untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

IPO itu menyasarkan untuk mengumpul RM58.9 juta melalui terbitan 218.03 juta saham baharu pada harga runcit 27 sen sesaham.

Hasil daripada IPO antara lain akan diperuntukkan sebanyak RM44.9 juta untuk pengembangan perniagaan, termasuklah RM40.4 juta khusus untuk pengembangan segmen tenaga penyejukan, RM4.5 juta untuk pembesaran pejabat di Malaysia, Thailand dan Singapura, RM8.1 juta untuk modal kerja dan RM5.8 juta lagi untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif KJTS Group, Sheldon Wee Tah Poh, berkata beliau berbangga menjadi sebahagian daripada detik penting ini dengan pelancaran prospektus itu.

“Langkah ini menandakan pencapaian penting untuk KJTS, melambangkan komitmen kami terhadap pertumbuhan dan inovasi dalam industri perkhidmatan sokongan bangunan.

“Ia membuka jalan untuk kami meningkatkan perkhidmatan dan meluaskan jangkauan di Malaysia, Singapura dan Thailand di mana kami optimis terhadap masa depan dan peluang IPO ini kepada syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tah Poh berkata, IPO ini juga menandakan satu langkah penting dalam mempertingkatkan operasi dan mempertingkatkan penawaran perkhidmatan syarikat itu di Malaysia, Singapura dan Thailand.

Katanya, tumpuan untuk mengembangkan segmen tenaga penyejuk dan rangkaian pejabat serantau mencerminkan komitmen untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan sokongan bangunan berkualiti tinggi

Loading...
Terkini