comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

IPO syarikat pajak gadai, EMCC terlebih langgan 53.06 kali

Evergreen Max Cash Capital Bhd (EMCC).

KUALA LUMPUR: Tawaran awam pemulaan (IPO) Evergreen Max Cash Capital Bhd (EMCC) yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE untuk bahagian awam terlebih langgan sebanyak 53.06 kali.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Low Kok Chuan, berkata IPO yang terlebih langgan itu menunjukkan pasaran yang positif terhadap asas dan prospek industri kumpulan itu yang menarik.

“Dengan hasil yang akan diperoleh, kami bersedia untuk mempercepatkan rancangan pertumbuhan kami dan mengembangkan lagi operasi kami dalam industri pajak gadai.

“Sebahagian besar daripada hasil IPO kami akan digunakan sebagai modal tunai untuk perniagaan pajak gadai kami dan untuk membuka pajak gadai ‘Pajaking’ baharu. Ini akan membolehkan kami memperoleh bahagian pasaran yang lebih besar serta meningkatkan kejelasan jenama kami,” kata Kok Chuan.

EMCC menerima 14,568 permohonan untuk 3.01 bilion saham dengan nilai RM722.66 juta bagi 55.70 juta saham yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia, yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 53.06 kali.

Bagi bahagian awam Bumiputera, 4,596 permohonan untuk 656.83 juta saham telah diterima, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 22.58 kali.

Loading...
Terkini