comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

IPR terima 30% permohonan untuk sertai Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

IPR Intan@PJ City Food Valley

Oleh Juliana Pija Ismail

PETALING JAYA: Sejumlah 30 peratus daripada sasaran 100,000 peserta B40 dibawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah memohon untuk menyertai Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berdasarkan anggaran itu, INTAN memerlukan sekitar 50 hingga 60 ribu ekar tanah bagi membolehkan setiap peserta memiliki setengah ekar tanah untuk membangunkan projek fertigasi mereka.

“Kita memang memberi tumpuan untuk bekerjasama dengan banyak agensi lain.Selain daripada tanah yg ada dalam sistem kerajaan persekutuan,kita juga bekerjsama dengan kerajaan dan agensi kerajaan negeri. Kita akan sampai ke peringkat untuk pengusaha yang ada tanah sendiri”katanya kepada media ketika Majlis Pelancaran IPR Intan@PJ City Food Valley di Petaling Jaya.

Kerajaan juga akan bekerjasama dengan pemegang taruh yang lain bagi mewujudkan ekosistem yang lebih mantap selain mengelakkan peserta menanggung kerugian.

Tambah beliau, IPR Intan@PJ City Food Valley yang diramsikan hari ini, melibatkan tanaman cili fertigasi dan menjadi perintis kepada projek fertigasi di seluruh negara.

Pada masa ini, INTAN akan memberi tumpuan kepada fertigasi cili dan halia bagi mengurangkan kebergantungan kepada import bahan mentah itu yang mencecah 60 peratus.

Loading...
Terkini