comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

JLRM pengedar peruncit terbaik Asia Pasifik

ARA DAMANSARA: Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) sekali lagi menjulang anugerah Pengedar Peruncit Terbaik (Asia Pasifik) yang berprestij di majlis Anugerah Peruncit Jaguar Land Rover 2022/2023. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut dan kali keempat kejayaan luar biasa ini dicapai oleh JLRM.

Anugerah Peruncit Terbaik tahunan mengiktiraf peruncit Jaguar Land Rover yang terbaik dari seluruh rantau dan menetapkan penanda aras untuk mereka mematuhi tahap piawaian tertinggi dalam usaha membawakan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Calon dinilai berasaskan kriteria prestasi khusus dalam tiga kategori berbeza: pemasaran, jualan dan perkhidmatan pelanggan, dan juga latihan kakitangan dan peragaan peruncit.

Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, berkata, ” Selari dengan hala tuju peralihan masa depan, kami mendedikasikan anugerah ini kepada pelanggan dan di atas komitmen kami untuk mengekalkan kelebihan daya saing dalam segmen kereta mewah. Kami akan terus berusaha menjangkaui sempadan dan mempelopori inovasi, memastikan pelanggan kami menikmati hanya yang terbaik dalam kemewahan moden.”

Dengan kejayaan penting yang telah dicapai ini, syarikat terus bertekad mencapai misinya untuk menetapkan penanda aras kecemerlangan baharu dalam industri automotif.

Syarikat bersedia untuk terus mengatasi jangkaan pelanggan secara konsisten, daripada perkhidmatan bertumpukan pelanggan yang terbaik kepada kenderaan canggih yang terkini.

Loading...
Terkini