comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Johor catat RM31 bilion FDI tahun lepas dipacu sektor perkhidmatan – EXCO

ISKANDAR PUTERI: Johor mencatatkan RM31 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada 2023 dengan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor perkhidmatan.

EXCO Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.

“Sumber utama pelaburan asing (untuk sektor perkhidmatan) adalah Singapura, China dan Korea Selatan,” katanya pada Persidangan Ketiga DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Hahasrin Hashim (BN-Panti) yang bertanyakan mengenai pelaburan baharu dari dalam dan luar negara di Johor pada 2023 hingga kini.

Lee berkata bagi sektor perkilangan, sumber utama pelaburan asing adalah Singapura, Taipei (Taiwan) dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, Johor juga berjaya merekodkan RM12.05 bilion pelaburan langsung domestik (DDI) tahun lepas dengan sektor perkhidmatan menyumbang RM6.86 bilion dan sektor perkilangan RM5.18 bilion.

“Perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang meliputi pusat data, perkhidmatan perkongsian awan, reka bentuk perisian dan sistem serta kandungan kreatif dan digital merupakan sub-sektor penyumbang utama bagi sektor perkhidmatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini