comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Jualan kenderaan lepasi 720,000 unit, tertinggi dalam sejarah

Oleh Faiz Aizat Azali

Petaling Jaya: Jualan kenderaan industri melepasi paras 700,000 unit buat kali pertama dalam sejarah sektor automotif negara, tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan negara merekodkan 720,658 unit jumlah keseluruhan industri (TIV) tahun lalu, meskipun berdepan pelbagai cabaran luaran dan domestik.

Presiden-nya, Datuk Aishah Ahmad, berkata pencapaian pencapaian luar biasa itu mengatasi sasaran awal MAA iaitu 630,000 unit.

“TIV ini dicapai walaupun dibayangi pelbagai cabaran seperti peralihan ke fasa endemik, dasar sifar COVID-19 China, pergolakan geopolitik Russia-Ukraine, perang dagang Amerika Syarikat (AS) dan China serta isu rantaian bekalan,

“Di peringkat domestik pula, pasaran berdepan cabaran isu bekalan cip komputer dan ketidaktentuan politik yang berakhir selepas Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya pada sidang media pengumuman prestasi Industri automotif 2022 di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Belanjawan 2023, jelasnya MAA sedang meminta kerajaan untuk mempertimbang tambahan insentif untuk kenderaan elektrik EV selain kenderaan hibrid.

Loading...
Terkini