comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Jumlah jawatan meningkat 2.1% kepada 8.9 juta

PUTRAJAYA: Jumlah jawatan meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 8.94 juta pada suku tahun keempat 2023 daripada 8.76 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata bilangan jawatan di isi juga meningkat 2.1 peratus kepada 8.74 juta jawatan berbanding 8.56 juta, manakala jumlah kekosongan jawatan menurun 1.1 peratus.

“Lebih daripada separuh kekosongan jawatan adalah dalam kategori separuh mahir yang merangkumi 55.5 peratus (105,600 jawatan) diikuti mahir (25.3 peratus, 48,100 jawatan) dan 19.2 peratus (36,500 jawatan)  dalam kategori berkemahiran rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata demikian berdasarkan laporan Statistik Guna Tenaga, Suku Keempat 2023, terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar jawatan diisi kekal tinggi pada 97.9 peratus manakala bagi pewujudan jawatan pada suku tahun ini, ia meningkat 0.6 peratus.

Menurut Mohd Uzir, melihat kepada senario jawatan diisi pada suku tahun keempat tahun lepas, sektor pertanian menjadi penyumbang utama dengan kadar pertumbuhan tertinggi sebanyak 3.6 peratus, diikuti pembuatan (2.4 peratus) dan perkhidmatan (2.2 peratus).

Mengenai pewujudan jawatan pada suku tahun keempat tahun lepas, Mohd Uzir berkata terdapat sejumlah 31,100 jawatan baharu diwujudkan bagi memenuhi permintaan domestik dan keperluan industri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini