comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Jumlah stok minyak sawit Malaysia melonjak 3.26 peratus pada Januari 2023

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 3.26 peratus kepada 2.27  juta tan pada Januari 2023 daripada 2.20 juta tan yang dicatatkan pada Disember tahun lepas.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dalam laporan prestasi industrinya bagi Januari 2023 berkata stok minyak sawit mentah (MSM) menurun sebanyak 2.87 peratus kepada 1.26 juta tan daripada 1.29 juta tan pada Disember.

Stok minyak sawit yang diproses meningkat 12.05 peratus kepada 1.01 juta tan daripada 902,701 tan sebelum ini.

Pengeluaran MSM merosot 14.73 peratus kepada 1.38 juta tan pada Januari daripada 1.62 juta tan pada Disember, manakala pengeluaran isirung sawit turun 14.79 peratus kepada 340,369 tan.“

Eksport minyak sawit berkurangan sebanyak 22.96 peratus pada Januari kepada 1.14 juta tan daripada 1.47 juta tan pada Disember, eksport oleo kimia turut susut 7.56 peratus kepada 210,936 tan berbanding dengan 228,181 tan,” katanya.

MPOB berkata eksport biodiesel pada Januari merosot 5.09 peratus kepada 14,239 tan daripada bulan sebelumnya dan eksport hampas isirung sawit susut 8.99 peratus kepada 202,431 tan daripada 222,427 tan.

Eksport minyak isirung sawit merosot 53.81 peratus pada Januari kepada 62,102 tan dari Disember.

Import MSM pada Januari menyusut 35.52 peratus bulan ke bulan kepada 9,964 tan berbanding 15,453 tan pada bulan sebelumnya.

Jumlah import minyak sawit melonjak 123.29 peratus bulan ke bulan kepada 144,937 tan daripada bulan sebelumnya.– BERNAMA

Loading...
Terkini