comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KAB sasar menjana RM500 juta hasil konsesi dalam segmen penyelesaian tenaga mampan

Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB)

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia penyelesaian kejuruteraan dan tenaga, Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB) mensasar untuk menjana pertumbuhan pesat dalam segmen penyelesaian tenaga mampan (SES).

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Lai Keng Onn berkata, ini disokong oleh pengiktirafan hasil konsesi lebih RM500 juta sehingga 2046.

“Dengan kelulusan pemegang saham untuk kepelbagaian kami ke dalam SES, kami bersedia untuk mempercepatkan pengembangan untuk meraih lebih banyak peluang dalam industri yang berkembang pesat. Selain itu, melalui peningkatan asas aset kami, kami menjangka segmen SES akan menjadi penyumbang keuntungan yang ketara kepada kumpulan dalam beberapa tahun akan datang,” katanya pada sidang media secara maya selepas menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) KAB hari ini.

Tambah beliau, kumpulan mensasar untuk meraih hasil RM200 juta bagi tahun kewangan 2023.

Syarikat juga melihat pertumbuhan yang mantap daripada segmen SES dari 20 peratus hingga 40 peratus dalam tiga hingga empat tahun.

Setakat 14 November 2022, kumpulan mempunyai 14 kontrak solar di Malaysia dan Thailand dengan kapasiti gabungan 17,318 kilowatt puncak (kWp), terdiri projek konsesi sehingga 2046.

Ini dengan jumlah anggaran nilai konsesi RM146.8 juta serta projek pemasangan langsung.

Loading...
Terkini