comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kadar inflasi di Argentina melonjak setinggi 94.8 peratus

Kadar inflasi Argentina adalah antara yang tertinggi di dunia – Foto Reuters

BUENOS AIRES: Kadar inflasi di Argentina melonjak setinggi 94.8 peratus pada Disember, paras tertinggi dalam 30 tahun, kata pejabat statistik negaranya, Indec.

Pada 2021, kadar inflasi tahunan di negara Amerika Selatan itu, yang diselubungi krisis kewangan dan ekonomi yang buruk, berada pada 50.9 peratus, demikian lapor dpa.

Disember lalu, harga pengguna meningkat sebanyak 5.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, menurut Indec.”Tanggungjawab dan cabaran terbesar kami adalah untuk menurunkan inflasi kerana ia wabak sebuah ekonomi yang tenat,” kata Menteri Ekonomi, Sergio Massa, di Twitter susulan penerbitan angka itu.

“Ini boleh dicapai melalui pengurusan kewangan yang mantap, berdisipin, kepatuhan terhadap matlamat yang jelas dan pendekatan bertanggungjawab di semua bidang,” tambahnya.

Kadar inflasi Argentina adalah antara yang tertinggi di dunia.

Bagi membiayai defisit bajet, bank pusat negara Amerika Selatan itu secara konsisten mencetak wang baharu.

Selain itu, Argentina terkesan daripada krisis ekonomi buruk selama beberapa tahun disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan negara, produktiviti rendah dalam industri dan ekonomi bayangan yang menjejaskan sebahagian besar pendapatan cukai negara.

Sementara itu, mata wang peso terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dan hutang negara itu sedang meningkat.

BERNAMA

Loading...
Terkini