comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KAPB umum agihan dividen lapan peratus kepada 14,000 ahli

Abdul Aziz (tengah) Mohamed Ilyas (kiri) dan Setiausaha KAPB, Sahidi Mohamad pada sidang media KAPB di Kuala Lumpur, hari ini -Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Koperasi Amanah Pelaburan Bhd (KAPB) mengisytiharkan pengagihan dividen sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 kepada ahli 14,000 ahli anggota koperasi yang layak.

Jumlah itu diluluskan di peringkat Lembaga Pengarah KAPB dan tertakluk kepada kelulusan di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 25 Mei ini.

Pembayaran dividen itu akan diagihkan kepada lebih 14,000 ahli KAPB yang aktif bermula bulan depan.

Pengumuman itu dibuat semasa pelantikan Tan Sri Abdul Aziz Zainal sebagai Pengerusi baharu hari ini.

Abdul Aziz pernah memegang jawatan jawatan tinggi seperti Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-16, Panglima Tentera Darat ke-21 dan Duta Malaysia ke Perancis.

Beliau mengambil alih tugas daripada Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed yang telah menerajui koperasi itu selama 10 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2014.

Abdul Aziz berkata, dengan pengumuman ini, KAPB sekali lagi berjaya mengekalkan rekod cemerlang menjana pulangan yang tinggi antara lapan hingga 15 peratus setahun sejak penubuhannya 10 tahun lalu.

“Ia adalah pencapaian yang amat membanggakan kerana cabaran yang diharungi pada tahun lalu, termasuk keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan dan tragedi membabitkan nahas salah sebuah pesawat milik KAPB.

“Walaupun berdepan dengan halangan ini, warga kerja KAPB tetap bekerja keras untuk memastikan janji untuk membawa pulangan yang kompetitif kepada pelaburan ahli-ahli koperasi ditepati di mana pulangan sebanyak lapan peratus ini adalah amat sihat, jika dibandingkan dengan institusi pelaburan atau koperasi yang lain,” katanya pada sidang media sempena sambutan ulang tahun ke-10 KAPB di sini, hari ini.

Beliau berkata, KAPB sentiasa berfikiran jauh dan merupakan koperasi yang mempunyai pelaburan yang pelbagai dan strategik, merangkumi pelaburan premium seperti hartanah, automotif, sewaan pesawat dan kapal layar mewah, e-hailing, ‘factoring’ dan juga pelaburan di dalam sebuah stesen televisyen.

Katanya, kejayaan yang memberi pulangan tinggi dan kompetitif adalah bukti unjuran pertumbuhan pelaburan strategik daripada komitmen dan kepakaran pelaburan warga kerja KAPB.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini