comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kawan Renergy sasar pendapatan RM100 juta tahun ini

KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian kejuruteraan, Kawan Renergy Bhd menyasarkan pendapatan RM100 juta tahun ini selepas kemuculan sulung yang mantap semalam di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Memandangkan prospek positif, Pengarah Urusan Kawan Renergy, Lim Thou Lai, berkata pertumbuhan itu akan dipacu oleh tenaga boleh diperbaharui (RE), salah satu segmen perniagaannya.

“Kami menjangka tenaga boleh diperbaharui dan tenaga bersih secara beransur-ansur akan menjadi penyumbang pendapatan terbesar bagi syarikat. Kami juga menjangka segmen ini akan menyumbang 50 peratus kepada pendapatan syarikat dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di sini, hari ini.

Syarikat itu yang membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE hari ini, menyaksikan harga sahamnya dibuka pada 45 sen, memberikannya premium 15 sen berbanding harga tawaran 30 sen.

Pada loceng pembukaan, sejumlah 14.65 juta saham telah diniagakan.

Pembukaan kukuh itu menyusuli lebihan langganan sebanyak 94.99 kali semasa tawaran awam permulaan (IPO).

Penyenaraian syarikat itu termasuk penempatan modal saham terbitan berjumlah RM165 juta terdiri daripada 550 juta saham.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini