comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kedah realisasi RM11.6 bilion pelaburan pada 2023

FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama dengan kerajaan negeri Kedah merealisasikan pelaburan sebanyak RM11.6 bilion dan mewujudkan lebih 3,400 peluang pekerjaan pada 2023.

Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan dalam satu kenyataan berkata, kejayaan merealisasikan pelaburan sebanyak RM11.6 bilion itu adalah hasil kerjasama erat dan berterusan dengan pihak pemegang taruh merangkumi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri.

“Pelaburan dicatat merangkumi sektor tumpuan dalam Pelan Pembangunan Strategik NCER seperti pembuatan, perniagaan tani, logistik, ekonomi digital dan pelancongan.

“NCIA juga akan memanfaatkan kelebihan strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan negara jiran seperti Thailand untuk memupuk sinergi kerjasama rentas sempadan menerusi inisiatif Koridor Zon Ekonomi Sempadan Khas Malaysia-Thailand (SBEZ),” katanya.

Kelebihan rentas sempadan itu berpotensi besar untuk menggalakkan pelaburan asing dan mempercepatkan kemajuan ekonomi di wilayah utara, katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata nilai itu mengatasi jangkaan, sasaran awal ditetapkan NCIA adalah RM8.8 bilion.

Kejayaan itu adalah indikator keyakinan penggiat industri terhadap potensi masa depan negeri Kedah, katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini