comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kegiatan buru saham murah lonjakkan dagangan Bursa Malaysia pada sesi tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kegiatan memburu saham murah membabitkan kaunter perladangan, penjagaan kesihatan dan berkaitan kewangan melonjakkan dagangan Bursa Malaysia sebelum mengakhiri sesi urus niaga tengah hari ini.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 2.44 mata, atau 0.17 peratus pada 1,445.99 daripada penutup Isnin 1,443.45.

Namun begitu, indeks utama dibuka 0.66 mata rendah pada paras 1,442.79 dan kemudiannya berlegar antara 1,441.89 dan 1,446.68 di sepanjang sesi dagangan pagi.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 460 berbalas 331 manakala 440 kaunter tidak berubah, 1,157 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.83 bilion unit bernilai RM893.61 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup agak tinggi semalaman terutamanya disebabkan aktiviti memburu saham murah selepas empat hari mencatatkan kerugian.

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga tidak memasuki pasaran selepas hasil 10 tahun AS mencecah 4.531 peratus, atau tertinggi sejak 2007.

“Berdasarkan kepada itu, kami percaya sentimen di bursa tempatan mungkin berubah menjadi agak berhati-hati dan indeks utama diunjur berlegar antara julat 1,440 dan 1,450 hari ini,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Loading...
Terkini