comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kegiatan memburu saham murah dorong Bursa Malaysia kembali pulih

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kemunculan kegiatan memburu saham berharga murah selepas aktiviti jualan yang disebabkan sentimen pasaran berhati-hati semalam, mendorong Bursa Malaysia pulih dan bergerak tinggi sedikit pagi ini.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.34 mata kepada 1,449.3 daripada 1,447.96 pada Isnin. Pada sesi pembukaan, indeks utama itu dibuka pada paras 1,446.72, turun 1.24 mata.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 134 berbalas 119, manakala 164 kaunter tidak berubah, 1,881 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 191.27 juta unit bernilai RM66.35 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, tumpuan utama akan diberikan kepada senario politik tempatan, dengan pasaran masih menantikan penamaan calon-calon Perdana Menteri.

Memandangkan perkembangan politik yang tidak menentu, pelabur seharusnya memfokuskan pada sektor bukan berkaitan politik seperti sektor telekomunikasi, keperluan pengguna dan utiliti serta saham dengan tunai bersih yang tinggi dan pembayaran dividen yang stabil, kata firma broker saham berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Eekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati sehingga pembentukan kerajaan baharu hari ini.

Beliau mengunjurkan indeks berada dalam julat 1,430-1,450 hari ini. Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.57, Petronas Chemicals meningkat enam sen menjadi RM8.70, CIMB menokok dua sen kepada RM5.53 dan IHH Healthcare menambah lima sen menjadi RM6.10.

Public Bank dan Hong Leong Bank pula tidak berubah, masing-masing pada RM4.33 dan RM20.62, tetapi Tenaga turun tiga sen pada RM8.38. Bagi saham aktif, Advance Synergy dan Dagang Nexchange masing-masing meningkat dua sen kepada 18 sen dan 59 sen, Malayan United naik setengah sen kepada 10.5 sen, dan Infoline menambah empat sen kepada 54 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 11.74 mata untuk 10,286, Indeks FBM Emas Syariah mengembang 4.52 mata menjadi 10,412.02, Indeks FBMT 100 meningkat 11.41 mata kepada 10,016.41, dan FBM 70 memperoleh 22.64 mata kepada 12,189.59. Bagaimanapun, FBM ACE susut 20.59 mata kepada 4,931.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 31.71 mata untuk mencapai paras 16,239.49, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.57 mata kepada 179.49, manakala Indeks Perladangan susut 2.79 mata kepada 6,836.38 dan Indeks Tenaga susut 0.74 mata kepada 722.63. – BERNAMA

Loading...
Terkini